May 16, 2016

Hari Sukan Tadika Cendiakawan Tahun 2016

Assalamualaikum w.b.t






Hari sukan akak umairah kali nie tak buat kat depan umah dah. Ini kali hari sukan anak buat dekat Sekolah Menengah Presnit 8(2) di padang balapan. Memang cuaca ketika tue panas terik sesangat. Sampai uwais mula-mula semangat bersorak untuk akak umairah, tiba-tiba dah merungut taknak duduk kat tempat seat tue. Katanya panas. Husband i yang tengok kita orang berpeluh semacam terus pegi tmpt parking kereta amikkan payung. Pakaikan topi dekat uwais dan uqayla pun xjalan. Habis lencun baju anak-anak.









 
: khemah penempatan murid-murid ikut rumah sukan











Sambil menunggu husband amikkan payung, jom kita snap dulu gambar akak umairah tengah berbaris sambil menyorak lagu rumah sukan merah. Owh yer akak umairah kena duduk dibarisan belakang sekali sebabnya datang lewat...sowi akak. Semua murid diminta untuk berbaris di padang nie adalah untuk aktiviti menari dan sorakan bagi setiap rumah sukan. Dah lattew cuaca panas terik, tapi nie la dikatakan aura semangat bersukan. So apa-apa kita tepuk tangan kepada mereka cikgu-cikgu yang hati kental mengawal keadaan di padang. Mana taknya dengan karenah anak murid yg menangis ada la..melalak pun ada.




















 Comei tengok muka uqayla time nie. Habis lencun kepala die dengan peluh. Tapi adik tetap cool kan buat peace sampai lubang hidung pun tertutup..mehehehe














 Masing-masing dah tak tahan dengan cuaca panas. Kalo tengok dalam gambar nie abang uwais nak angkat punggung dah nak pergi ke belakang. Katanya dekat situ lagi tak panas dan redup. Dah berkerut-kerut muka masing-masing.

















 Sewius jew tengok muka husband dengan uwais. Fokus bebenar tengok muka diaorang nie [ke sebab cuaca panas..huhuhu].



















 Sebelum turn akak umairah punya games murid 5 tahun, jom kita terjah khemah akak umairah. Emmm...puas i mencari akak duduk dekat mana, then tiba-tiba ada udak dok melambai-lambai tangan dekat i. Rupanya akak dan dikelilingi dengan jejaka-jejaka kacak..ouch!.. Macam-macam aksi masing-masing bila i suwuh mereka berposing. Kowang nie dah buleh buat iklan baju KIKO lar. Teringat zaman i bersukan dulu. Memang zaman skolah i jenis kuat bersukan tapi bila dah besar bertukar jadi orang yang paling malas nak bersukan plak. Bila lar mood nak aktif bersukan semula nak ada..Ehemmm!!























 Muka akak yang excited nak main permainan lompat dalam kain pelikat. Tak sabar-sabar akak nak main. Bila tengok murid beratur and ibu perasan yang akak paling tinggi dan excited tolobih. Semangat betui anak ibu. Sonok tengok. Aksi akak melompat jer pun ibu dah terasa macam nak melompat sekali. Baru namanya semangat kesukanan.






















Cikgu siap pesan dekat umairah untuk buat 2x pusingan. Disebabkan tak cukup murid nak main. Ibu memang bangga dengan akak. Sebab akak tak pernah merungut pun cakap penat walaupun cuaca ketika tue panas terik sampai melekit-lekit badan ibu dibuatnya..muhuhu.










: proud of u akak








Sesi mengambil hadiah pula. Bersemangat betui masing-masing bila dapat hadiah. Muka akak pun dah berbelang-belang. Maafkan ibu wahai anak ku sobab lupa nak sapukan sunblock kat muka akk. Cian akak. Sebelum tue jom sorak pasukan rumah merah a.k.a rumah merak.






" Merak Megah
Berdiri Gagah
Wira Merah
Pantang Menyerah "


























Alhamdulilah setakat yang i dapat snap gambar markah adalah selepas akak punya games habis, rumah merah mengungguli carta dengan markah sebanyak 140 mata. Lepas abis jer games, i dah taktahu sama ada rumah merah masih juara ataupun tidak. Sebab akak umairah dah lapar dan haus. Jadi kami pun terus pergi kantin sekolah. Di sana kami dijamukan dengan bihun sup daging dan air cendol.


















p/s: Anak buah i pun rumah sukan merah. Memang ada magik rumah merah tahun ini.