April 21, 2016

SNP Face Art Mask - Rabbit Whitening & Cat Wrinkle (Mask Paling Best)


Assalamualaikum w.b.t




Wah ini i nak buat review sikit mengenai produk mask yang besh, cantik, fast effect dan fun pernah i cuba selepas bedak sejuk produk Mustika. Okey macam mana i boleh jatuh cinta dengan produk nie, meh den koba. Kebetulan i pergi ke Watson untuk cari lipstik baru, tiba2 terpandang tempat jual banyak2 produk mask.













Macam-macam brand ada jual dari negara korea produk mask nie. Tapi paling i berkenan produk + SNP nie sebab produk jenama ini memang popular dekat sana dan produk SNP adalah salah satu produk yang dipercayai di negara mereka.













Kalo kowang tengok mask diaorang nie pun menarik dan tertarik. Ala kalo tengok citer korea mesti selebriti korea pkai face art mask ini. Macam2 hupa hado. Lagi satu mask nie mudah resap dalam kulit kita dan untuk makluman mask ini tak membuat kulit kita jadi lagi bertambah jerawat. Sebab? muka i nie kalo pkai mask produk lain, mesti esok pagi tumbuh jerawat kecil. Like sensitive skin kat rupa i kalo pkai produk mask. Tue yang fobia lama tak pkai mask dan asyik pkai bedak sejuk hajo.












Alhamdulilah seruan dah datang semula nak pkai balik mask SNP ini dan result dia memang terbaik. Dalam hati memang dah berbunga-bunga bila dah pakai produk ini kulit memang jadi moist dan tak berminyak (terutama bila bangun tido). Kebanyakkan mask yang dijual banyak yang melekit kat muka dan rasa tak selesa nak pakai. Harga untuk produk nie kalo beli kat Watson dalam RM11 ++.











Standard kalo pkai mask amik masa 10 hingga 20 minit pastu baru kowang boleh peel off mask. Tapi lepas pakai mask jgn kowang basuh muka taw. Just urut sisa2 cecair yang ada kat muka tue untuk penyerapan yang cepat.Besok pagi bangun muka kowang memang rasa cam artis korea je...eceh..eceh!! pasan jer kan.