March 30, 2016

Cara Membuat Perfume Pot Pouri Sendiri



Assalamualaikum w.b.t




Waduh..waduh...di zaman yang dunia nak untung jer nie apa kata kita buat pewangi sendiri dirumah. Ala-ala pot pouri pewangi. Jimat pun jimat. Idea nak buat pot pouri nie bila ada bunga hidup lebih dekat rumah parent i lepas buat hantaran tunang adik i. So daripada membazir tak tentu pasal lebih baik kita buat sendiri pewangi ala-ala  bau-bauan wangian orang pengantin baru..kihkihkih.












Bunga-bunga nie kaklong i yang beli masa nak buat hantaran tunang adik, jadinya bunga-bunga yang die beli semuanyer bunga-bunga mahal. Sayang kalo nak dibiarkan begitu sahaja. Jadi apa lagi kita petik daun pandan dekat rumah i sekali dengan perfume yang ada kat rumah digunakan sepenuhnya. Perfume yg i guna pun yang murah-murah jer kalo guna perfume yang mahal rugi plak...(memang kes kedekut..hehehe). Cara yang mudah dan murah.









: bunga ros
: bunga kekwa putih
: daun pandan yang siap digunting halus
: perfume murah RM25.00 hajo







Kalo nak cari bekas nak pot pouri selalunya buat uncang dan gantung dekat mana-mana tempat yang kita nak. Tapi i nie jenis bukan la yang jenis kreatif, maka cari la bekas lain yang boleh diletak dalam bilik. So godek-godek kabinet nampak ada bekas nie. Balun je la pakai bekas kaca orang bagi daripada tak digunakan.







 










Masukkan kesemua bahan tadi dan spraykan minyak wangi tadi dan gaulkan rata. Nak lagi bauan tue kuat lei taruk air mawar dan pewangi bunga rampai pachovali (pewangi nie selalu jual dekat kedai india)










  









 Dah siap! maka pot pouri yang dah siap tadi bolehlah diletakkan di bilik atau diruangan lain yang kita nak rasa nak letak. Tapi kalo pkai bekas kaca macam i nie better letakkan ditempat yang tak mudah anak-anak kecik capai (takut pecah). 


Selamat mencuba semua!!