December 30, 2013

Tip Sendawakan Bayi



Assalamualaikum w.b.t


Ok, hari ini i nak sharing macam mane ibu-ibu di luar sana nak sendawakan baby comei uall's.
 
 
Selalu dengar rintihan ibu-ibu camne nak bagi baby mereka sendawa dengan cepat tanpa muntah dan tanpa tersedak susu.
 
 
Terus terang i waktu lahirkan umairah dan uwais dan sepanjang penyusuan mereka, i takde masalah untuk menyendawakan mereka.
 
 
Senang cerita mereka akan sendawa sendiri or dengan 3 tepukan paling maximum anak2 i dah sendawa.
 
 
Tapi acap kali dengar baby banyak yang tersedak susu dan ia berpunca dr baby yang tidak disendawakan.
 
 
I paham kadang2 jenuh gak nak bagi baby kita sendawa. Tepuk punya tepuk tak gak sendawa. Jenuh gak kalo nak menunggu.
 
 
Fine now nak sharing tip-tip yg i dapat pamplet dr klinik kerajaan dan juga research dari internet. Mungkin serba sedikit membantu ibu-ibu yang mengalami masalah yang sama.
 
 
Tip Bersendawakan Bayi
 
Semasa bayi menghisap minuman/susu, ia sering menyedut udara dan menelannya bersama susu. Oleh itu, bayi perlulah disendawakan sekurang-kurangnya 1x atau 2x semasa menyusu.
 
* Bayi baru lahir (<6 bulan) disarankan sendawakan setiap 1/2 - 1 oz (15-30ml) susu diberi.
 
* Bayi yang berumur 6-12 bulan disarankan sendawa 2-3 kali pd stp penyusuan.
 
 
Ini akan dapat mengelakkan bayi menjadi kembung dan muak atau muntah sebelum kenyang.
 
 
Cara-cara Menyendawakan Bayi 
 
 
  1. Cuba tiarapkan bayi dengan meletakkan perutnya di atas lutut dan gosok belakangnya dengan lembut sambil menghayun atau mengenjut lutut secara perlahan-lahan.
  2.  
  3. Cuba dakap bayi menggunakan sebelah tangan dan meletakkan kepalanya ke bahu dan tepuk belakangnya perlahan-lahan dengan sebelah tangan lagi.
  4.  
  5. Cuba telentangkan bayi, angkat ke hadapan dan ke belakang seperti mengayuh basikal sehingga lututnya rapat ke perut.
  6.  
  7. Cuba dudukkan bayi di atas pangkuan, angkat kepala bayi, rehatkan dagunya di atas lengan dan tepuk atau gosok belakangnya perlahan-lahan.
  8.  
  9. Cuba pegang bayi dalam keadaan tertiarap di atas lengan dengan kepalanya di atas tapak tangan.
  10.  
  11. Cuba letakkan bayi anda dengan mukanya menghadap riba anda dan gosokkan belakangnya.
  12.  
  13. Cuba duduk tegak sambil memeluk bayi (over your shoulder). Pada posisi ini, dagu si kecil sebaiknya berada di bahu Anda. Pegang kepalanya dengan satu tangan, sementara tangan lainnya menggosok bahagian belakangnya.
  14.  
  15. Cuba pegang bayi dalam posisi duduk di pangkuan Anda, di tengah-tengah paha (sitting on your lap). Letak sebelah tangan di belakangnyanya, dan satu lagi di antara perut dan dadanya. Pastikan bayi berada dalam posisi yang selesa. Setelah itu, usap dengan perlahan belakangnya sampai ia bersendawa.
 
Tanpa mengira posisi yang mana digunakan, gosok belakang bayi perlahan-lahan sehingga udara keluar (sendawa).
 
 
p/s: sendawakan bayi adalah amat penting bagi mengelakkan bayi anda tersedak susu. Bahaya!!..kerana ia boleh mengakibatkan kematian. Peringatan untuk i jua.