May 5, 2011

Kurang Penghasilan Susu


3month...perahan susu yang tidak memberansangkan

++Berikut merupakan petua yang diturunkan oleh Blog Kak Engku Bidan Bersalin...Sila la layari blog beliau untuk mendapatkan maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan....
Sharing Is Caring


1. Corak Pertumbuhan Bayi Yang Menyusu Badan


Kebanyakan berat badan bayi akan terus meningkat jika diberi penyusuan ibu sejak dilahirkan

Berat badan mungkin turun sehingga 10% pada 3 hingga 4 hari pertama jika penyusuan tidak diberi dengan kerap

Dengan penyusuan yang kerap, timbangan akan naik semula dalam jangkamasa 2 hingga 3 minggu

Berat badan selalunya naik 18 hingga 30 gram setiap hari untuk 6 bulan pertama

2 kali ganda semasa berumur 5 hingga 6 bulan

3 kali ganda semasa berumur 1 tahun


2. Tanda-Tanda Bayi Mendapat Susu Ibu Dengan Cukup


Bayi menyusu susu ibu sekurang-kurangnya 8x dalam masa 24 jam

Semasa menyusu, irama menghisap bertukar menjadi perlahan

Bayi bertindakbalas terhadap persekitaran dan mempunyai tonasi otot yang baik dan kulit yang sihat

Bayi kelihatan puas antara penyusuan

Bayi membuang air kencing 6 kali atau lebih dalam masa 24 jam dan air kencing kelihatan cair dan cerah

Bayi membuang air besar 3 hingga 8 kali sehari dan ini akan semakin berkurangan apabila bayi membesar

Berat bayi meningkat secara konsisten dan puratanya adalah 18 - 30 gram sehari

Buah dada ibu merasa penuh sebelum penyusuan dan menjadi lembut selepas menyusu



Sebab-Sebab Bayi Kurang Mendapat Susu

A. Kurang Penghasilan Susu


  • Penyusuan tidak kerap

  • Penyusuan tidak cukup lama
    • Makanan dan Minuman lain diberikan kepada bayi

    • Ibu cepat memberhentikan penyusuan di malam hari

    B. Kurang Pemindahan Atau Pengaliran Susu


    • Kedudukan atau lekapan tidak betul

    • Penyusuan yang pendek dan tergesa-gesa

    • Bayi dialihkan dari sebelah buah dada dengan cepat dan menyebabkan bayi tidak mendapat 'Hindmilk'


    C. Faktor Ibu


    • Refleks oksitosin kurang baik, malu dan tidak berkeyakinan

    • Menggunakan 'nipple shield'

    • Tidur jauh daripada bayi

    • Mengambil ubat yang mungkin boleh mengurangkan penghasilan susu

    • Keletihan atau sakit

    • Penyakit 'Tiroid'

    • Kurang Zat Makanan

    • Kurang tisu buah dada yang berfungsi

    D. Faktor Bayi


    • Bayi mengantuk

    • Sukar melekap atau menghisap

    • Sakit atau mempunyai masalah perubatan seperti penyakit metabolik, sakit jantung, hypotiroidism, jangkitan saluran kencing dan sebagainya


    4. Bagaimana Boleh Meningkatkan Penghasilan Susu


    Meneruskan penyusuan ibu untuk meningkatkan penghasilan kalori


    Memastikan bayi melekap dengan betul untuk penyusuan yang berkesan


    Memberi susu dari kedua-dua belah buah dada untuk beberapa kali pada satu penyusuan


    Memberi susuan ibu lebih kerap dan lebih lama, siang dan malan sekurang-kurangnya 10 hingga 12 kali sehari


    Berhenti menggunakan botol susu dan puting


    Menambah pengambilan makanan ibu jika pemakanan ibu tidak mencukupi


    Ibu perlu rehat lebih


    Letakkan bayi ke buah dada untuk menenangkan bayi


    Menggunakan bahan-bahan yang dapat meningkatkan penghasilan susu


    Memerah susu di antara penyusuan dan memberikannya dengan cawan atau supplementer






    5. Menolong Ibu Mengembalikan Penyusuan (Relactation)


    Syarat-syarat:


    Mempunyai motivasi


    Sokongan dari keluarga dan kakitangan kesihatan


    Bayi diberikan buah dada dengan kerap untuk hisapan


    Memerah susu di antara penyusuan


    Mengurangkan makanan tambahan setelah penghasilan susu meningkat


    Bayi hanya diberi penyusuan ibu dan menggunakan 'supplementer'


    Copyright: Kak Engku Bidan Bersalin