February 8, 2010

Memories :)

Teringat mula-mula kami bercinta, masing-masing saling berpandangan pertama kali dipertemukan. Hendak bertanya malu tapi ku beranikan diri untuk bertanya. Rupa-rupanya si dia adalah kawan lama..erm...bukan tapi kekasih lama. Masing-masing membisu dan saling mencari idea untuk meneruskan perbualan. Kelakar. Mahunya tidak dia hanya senyum sahaja semenjak kami bertemu. Hairan. Mungkin masing-masing masih tidak percaya kami dapat berjumpa semula dari darjah 2 sehingga sekarang baru kami bertemu. Mungkin ada perubahan dari segi penampilan dia. Makin matang dan hensem. Masing-masing bagai menaruh hati dan hati mungkin bertaut kembali. Tapi...Pertemuan kami hanya itu sahaja. Tiada pertukaran nombor atau alamat tempat tinggal. Hanya lah bertanya khabar sahaja. Kenapa?.......Dia bahagia sekarang bersama isteri dan anak yang tercinta. Aku?.... :}